Saturday, 10 March 2012

Naza Bikes Concept

Model concept Naza yang diadaptasi dari model Naza NZ 125R















P/S: Harap pihak Naza Bikes dapat menyertai kejohanan Malaysian Cub Prix pada masa akan datang. Mesti lebih meriah!

Friday, 9 March 2012

Naza NZ 125R

Rasanya tidak terlewat untuk saya membuat sedikit catitan tentang model terbaru Naza NZ 125 R yang baru dilancarkan bulan lepas. Model ini adalah model gantian Naza Flash 125 yang telah lama berada di pasaran. Model terbaru Naza ini mempunyai beberapa ciri yang mampu menarik perhatian pembeli. Antaranya ia dilengkapi soket 12V untuk memasang GPS Navigator, untuk mengecas telefon bimbit dan lain-lain. Rekabentuknya  juga menarik, sama seperti model-model keluaran Jepun yang lain.

Pihak Naza mengakui model ini mampu memberi penjimatan minyak dan motorsikal ini telah mematuhi standart piawaian pelepasan asap Euro2. Harga model ini pula adalah yang termurah untuk motorsikal moped berkuasa 125cc iatu hanya RM 3,788.00. Jika anda seorang yang ingin mencari kelainan, inilah modelnya.







Model Honda Wave 110 RSX Vietnam

Honda Motor Vietnam baru sahaja melancarkan model baru Honda Wave 110 RSX. Model ini kelihatan lebih besar dan moden. Rekabentuknya mempunyai sedikit persamaan dengan model Yamaha 115 Z yang terdapat di negara kita. Model ini mungkin akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda Malaysia pada masa akan datang bagi menggantikan model Honda Wave 110 RS yang sudah hampir 3 tahun berada dipasaran.















Monday, 5 March 2012

Honda Icon 110 MMC (Minor Model Change) 2012

Boon Siew Honda Malaysia telah melancarkan Honda Icon MMC dengan rekaan grafik baru dan didatangkan dengan empat warna. Syarikat terbabit terus menyasarkan golongan remaja untuk memiliki model dengan design ceria ini. Tiada perubahan dari segi reka bentuk dan kuasa enjin. Harga yang ditawarkan ialah RM 5,116.25







Thursday, 1 March 2012

Modenas lancarkan model baru Ace 115


Modenas secara rasminya telah melancarkan model terbaru mereka Modenas Ace 115  . Model ini menggunakan enjin empat lejang Kawasaki berkapasiti 120cc. Pelancaran model ini membuktikan Modenas semakin serius dalam usaha mereka untuk menjadi peneraju teknologi untuk motorsikal bersesaran kecil dan pastinya mereka mahu menjadi pengeluar motorsikal yang harus diberi perhatian.

Bagi pendapat saya, model ini memang cantik, ranggi dan sporty . Rekabentuk, spesifikasi yang terdapat pada model ini mampu menjadi ‘pembunuh’ model saingan dalam kelasnya. Dilengkapi dengan lengan ayun Monoshock, penyerap hentak belakangnya pula mirip sistem yang digunakan pada model Kawasaki ER-6 yang menjadikan model ini satu-satunya ‘kapcai’ yang menggunakan teknologi yang digunakan untuk motorsikal berkuasa tinggi. Memang tidak salah Modenas menggunakan tagline “Pencetus Evolusi” untuk model ini. Untuk sistem penyerap hentakan pada bahagian hadapan, Modenas telah memasang penyerap hentakan jenis fork telescopic yang makin banyak digunakan pada motosikal cub terkini. Sistem brek hadapan menggunakan brek disc manakala pada bahagian belakang masih menggunakan brek drum. Itu sudah memadai untuk motorsikal berkapasiti kecil seperti ini. 

Harga yang ditawarkan ialah RM 4,598.00 (dual stater) tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Masih boleh diketegorikan murah untuk model yang dilengkapi spesifikasi seperti ini. Difahamkan hanya terdapat dua warna yang dikeluarkan iaitu merah dan putih. Kepada sesiapa yang baru bercadang untuk memiliki sebuah motorsikal baru, Modenas Ace 115 ini harus diberi perhatian kerana menunggang motorsikal yang baru dilancarkan mampu menjadikan anda seorang ‘artis’ diatas jalanraya.

Blog Moretar akan terus memberi liputan, komen terhadap model ini pada masa akan datang.












Engine
Type4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke55.0 x 50.6 mm
Displacement120 cc
Compression Ratio9.8
CarburetorSPACO AV20
Ignition SystemMagneto - CDI
Starting SystemElectric Starter
Cooling SystemAir Cooled
Fuel Tank Capacity5.3 litre
Fuel Consumption46.1 km/litre @ 80km/hour
 
Transmission
Type4-speed rotary
ClutchCentrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio2.786 (39/14)
Driving SystemChain
 
Chassis
TypeSquare Pipe Backbone
Front SuspensionTelescopic Fork
Rear SuspensionTrailing Swing
Front BrakeDisc (220 mm)
Rear BrakeDrum (110 mm)
 
Electrical System
Battery12 V 5 Ah

Sunday, 26 February 2012

Modenas bakal lancarkan model baru pada 1 Mac ini?





Khabar angin tentang model terbaru Modenas yang akan dilancarkan pada awal bulan depan semakin bertiup kencang. Model terbaru ini dikatakan hasil gabungan skuter dan cub. Spekulasi mengenai cc dan ciri-ciri yang ada pada model ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Saya sendiri pernah melihat model ini diuji di laluan lebuhraya berhampiran Bandar Darulaman tiga minggu lepas. Yang saya sempat ingat lampu hadapannya terletak pada bahagian dada sama seperti model Honda Wave Dash atau Yamaha Ego. Bagi saya model ini merupakan model yang paling cantik yang pernah dihasilkan oleh Modenas.

Daripada gambar yang disertakan ini kelihatan ianya menggunakan sistem gantungan monoshock seperti yang terdapat pada model Yamaha LC atau Suzuki Belang namun tidak pula kelihatan break disk pada roda belakang. Menggunakan 'sportrim' dan rekabentuk lampu belakangnya saya rasakan memang comel.

Tentu ramai yang tertanya-tanya  nama model ini nanti. Saya teka mungkin nama model tu nanti Modenas Evo sebab nama model-model terakhir Modenas sebelum ini diambil dari ‘tagline’ seperti Modenas GT128 (Tranformasi Generasi Terkini), CT110 (Citarasa Terkini) jadi tagline model baru ini ialah Pencetus Evolusi jadi mungkin aka nada perkataan ‘EVO’ dalam nama model baru ini nanti.  Sama-sama kita nantikan.