Modenas secara rasminya telah melancarkan model terbaru
mereka Modenas Ace 115 . Model ini
menggunakan enjin empat lejang Kawasaki
berkapasiti 120cc. Pelancaran model ini membuktikan Modenas semakin serius dalam usaha
mereka untuk menjadi peneraju teknologi untuk motorsikal bersesaran kecil dan
pastinya mereka mahu menjadi pengeluar motorsikal yang harus diberi perhatian.
Bagi pendapat saya, model ini memang cantik, ranggi dan
sporty . Rekabentuk, spesifikasi yang terdapat pada model ini mampu menjadi ‘pembunuh’
model saingan dalam kelasnya. Dilengkapi dengan lengan ayun Monoshock, penyerap
hentak belakangnya pula mirip sistem yang digunakan pada model Kawasaki ER-6
yang menjadikan model ini satu-satunya ‘kapcai’ yang menggunakan teknologi yang
digunakan untuk motorsikal berkuasa tinggi. Memang tidak salah Modenas
menggunakan tagline “Pencetus Evolusi” untuk model ini. Untuk sistem penyerap hentakan
pada bahagian hadapan, Modenas telah memasang penyerap hentakan jenis fork telescopic yang makin banyak digunakan pada motosikal cub terkini. Sistem brek
hadapan menggunakan brek disc manakala pada bahagian belakang masih menggunakan
brek drum. Itu sudah memadai untuk motorsikal berkapasiti kecil seperti ini.
Harga yang ditawarkan ialah RM 4,598.00 (dual stater) tidak
termasuk insuran dan cukai jalan. Masih boleh diketegorikan murah untuk model yang dilengkapi spesifikasi seperti ini. Difahamkan hanya terdapat dua warna yang dikeluarkan iaitu merah dan putih. Kepada sesiapa yang baru bercadang untuk
memiliki sebuah motorsikal baru, Modenas Ace 115 ini harus diberi perhatian kerana
menunggang motorsikal yang baru dilancarkan mampu menjadikan anda
seorang ‘artis’ diatas jalanraya.
Blog Moretar akan terus memberi liputan, komen terhadap
model ini pada masa akan datang.
Engine |
Type | 4 stroke, SOHC, 1 cyclinder |
Bore X Stroke | 55.0 x 50.6 mm |
Displacement | 120 cc |
Compression Ratio | 9.8 |
Carburetor | SPACO AV20 |
Ignition System | Magneto - CDI |
Starting System | Electric Starter |
Cooling System | Air Cooled |
Fuel Tank Capacity | 5.3 litre |
Fuel Consumption | 46.1 km/litre @ 80km/hour |
|
|
Transmission |
Type | 4-speed rotary |
Clutch | Centrifugal and wet mutiple disc |
Primary Reduction Ratio | 3.048 (64/21) |
Final Reduction Ratio | 2.786 (39/14) |
Driving System | Chain |
|
|
Chassis |
Type | Square Pipe Backbone |
Front Suspension | Telescopic Fork |
Rear Suspension | Trailing Swing |
Front Brake | Disc (220 mm) |
Rear Brake | Drum (110 mm) |
|
|
Electrical System |
|
No comments:
Post a Comment