Thursday 2 August 2012

Kawasaki Ninja 250 2013

Kawasaki telah melancarkan Kawasaki Ninja 250 terbaru dengan rekabentuk yang lebih menawan dari model keluaran sebelumnya. Rekabentuk lampu hadapan yang direka serba baru membawa imej yang lebih segar dan lebih mengancam dari model sekelasnya. Pasti model ini akan menerjah ke pasaran negara kita sedikit masa lagi.













Wednesday 1 August 2012

Yamaha Nouvo 125 terbaru



Yamaha Nouvo 125 terbaru telah dilancarkan di Vietnam. Terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu SX dan RC. Dengan penampilan baru yang lebih moden dimana lampu depannya menggunakan projektor yang cahayanya lebih tajam dan terang. Manakala lampu belakangnya menggunakan LED.



Paling menarik ialah meter clusternya yang dilengkapi ciri MID (Multi Information Display) yang memaparkan odometer, trip meter dan penunjuk tahap bahan api seperti yang terdapat pada kebanyakkan motorsikal berkuasa tinggi. Ruang kebuk bawah tempat duduk boleh memuatkan sebiji helmet.



Kombinasi rekabentuk lampu hadapan ala superbikes dan warna kuning ini memang kelihatan garang kan..? Model Yamaha Nouvo di Malaysia telah lama berada dipasaran dan mungkin ia akan digantikan dengan model ini tidak lama lagi.

Wednesday 14 March 2012

Toyota Yaris facelift 2012



Toyota Yaris facelift 2012 versi TRD Sportivo telah dilancarkan di Indonesia. Perubahan yang ketara pada model ini ialah rekabentuk bumper hadapan & belakang, bahagian skirt dan mufler yang lebih sporty. Seperti model sebelumnya, versi terbaru ini masih dilengkapi start-stop up button, dual airbag dibahagian hadapan dan dilengkapi sistem ABS. Masih mengekalkan enjin 1NZFE yang berkapasiti 1.5 liter yang mampu menghasilkan tenaga 109 Hp pada 6000 rpm dan tork sebnyak 141 Nm pada 4200 Nm. Model ini memang nampak comel dan sportivo.

Moto GP 2012: Honda Gresini tukar warna


Team San Carlo Honda Gresini telah menukar warna motorsikalnya bagi kelas Moto GP dari warna putih kepada warna hitam sepanjang musim 2012 ini. Perubahan ini bagi mengenang Marco Simoncelli yang telah terkorban dalam GP Sepang pada tahun lepas. Jentera Honda RC213V itu akan ditunggang oleh Alvaro Bautista, yang telah dua musim bersama pasukan Suzuki. Setakat ini mereka telah berpuas hati dengan prestasi jentera selepas melakukan ujian di Litar Sepang. Pasukan ini juga turut bersaing dalam perlumbaan Moto 3 dengan menggunakan jentera NSF250R yang akan ditunggang oleh pelumba muda Niccolo Antonelli.

Tuesday 13 March 2012

Iklan promo Proton P3-21A di Proton Power of 1

Kawasaki Ninja 150 RR 2012 (Indonesia)


Baru-baru ini Kawasaki Indonesia telah melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja 150 RR dengan rekabentuk yang hampir menyerupai 'abangnya', Kawasaki Ninja 250. Rekabentuk badannya kelihatan lebih kurus dari model lama. Saya yakin model baru ini lebih laju dari model-model KIPS sebelumnya. Tentu ramai peminat 'RR' berharap Kawasaki Motors Malaysia dapat memasang model ini secepat mungkin.




 







Kepada mat-mat motor yang teringin nak merasai kuasa motorsikal dua lejang Kawasaki terbaru ini, bolehlah start simpan duit mulai sekarang.

Honda PCX 150 2012


Honda Motor Thailand telah melancarkan model terbaru Honda PCX 150. Model skuter ini dikuasakan enjin 150cc PGM-FI. Hadir dengan tiga warna iaitu putih (White Sunset), hitam (Black Twilight) dan merah (Red Sunrise). 








Model ini dijangka akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.


Saturday 10 March 2012

Naza Bikes Concept

Model concept Naza yang diadaptasi dari model Naza NZ 125R















P/S: Harap pihak Naza Bikes dapat menyertai kejohanan Malaysian Cub Prix pada masa akan datang. Mesti lebih meriah!

Friday 9 March 2012

Naza NZ 125R

Rasanya tidak terlewat untuk saya membuat sedikit catitan tentang model terbaru Naza NZ 125 R yang baru dilancarkan bulan lepas. Model ini adalah model gantian Naza Flash 125 yang telah lama berada di pasaran. Model terbaru Naza ini mempunyai beberapa ciri yang mampu menarik perhatian pembeli. Antaranya ia dilengkapi soket 12V untuk memasang GPS Navigator, untuk mengecas telefon bimbit dan lain-lain. Rekabentuknya  juga menarik, sama seperti model-model keluaran Jepun yang lain.

Pihak Naza mengakui model ini mampu memberi penjimatan minyak dan motorsikal ini telah mematuhi standart piawaian pelepasan asap Euro2. Harga model ini pula adalah yang termurah untuk motorsikal moped berkuasa 125cc iatu hanya RM 3,788.00. Jika anda seorang yang ingin mencari kelainan, inilah modelnya.







Model Honda Wave 110 RSX Vietnam

Honda Motor Vietnam baru sahaja melancarkan model baru Honda Wave 110 RSX. Model ini kelihatan lebih besar dan moden. Rekabentuknya mempunyai sedikit persamaan dengan model Yamaha 115 Z yang terdapat di negara kita. Model ini mungkin akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda Malaysia pada masa akan datang bagi menggantikan model Honda Wave 110 RS yang sudah hampir 3 tahun berada dipasaran.















Monday 5 March 2012

Honda Icon 110 MMC (Minor Model Change) 2012

Boon Siew Honda Malaysia telah melancarkan Honda Icon MMC dengan rekaan grafik baru dan didatangkan dengan empat warna. Syarikat terbabit terus menyasarkan golongan remaja untuk memiliki model dengan design ceria ini. Tiada perubahan dari segi reka bentuk dan kuasa enjin. Harga yang ditawarkan ialah RM 5,116.25







Thursday 1 March 2012

Modenas lancarkan model baru Ace 115


Modenas secara rasminya telah melancarkan model terbaru mereka Modenas Ace 115  . Model ini menggunakan enjin empat lejang Kawasaki berkapasiti 120cc. Pelancaran model ini membuktikan Modenas semakin serius dalam usaha mereka untuk menjadi peneraju teknologi untuk motorsikal bersesaran kecil dan pastinya mereka mahu menjadi pengeluar motorsikal yang harus diberi perhatian.

Bagi pendapat saya, model ini memang cantik, ranggi dan sporty . Rekabentuk, spesifikasi yang terdapat pada model ini mampu menjadi ‘pembunuh’ model saingan dalam kelasnya. Dilengkapi dengan lengan ayun Monoshock, penyerap hentak belakangnya pula mirip sistem yang digunakan pada model Kawasaki ER-6 yang menjadikan model ini satu-satunya ‘kapcai’ yang menggunakan teknologi yang digunakan untuk motorsikal berkuasa tinggi. Memang tidak salah Modenas menggunakan tagline “Pencetus Evolusi” untuk model ini. Untuk sistem penyerap hentakan pada bahagian hadapan, Modenas telah memasang penyerap hentakan jenis fork telescopic yang makin banyak digunakan pada motosikal cub terkini. Sistem brek hadapan menggunakan brek disc manakala pada bahagian belakang masih menggunakan brek drum. Itu sudah memadai untuk motorsikal berkapasiti kecil seperti ini. 

Harga yang ditawarkan ialah RM 4,598.00 (dual stater) tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Masih boleh diketegorikan murah untuk model yang dilengkapi spesifikasi seperti ini. Difahamkan hanya terdapat dua warna yang dikeluarkan iaitu merah dan putih. Kepada sesiapa yang baru bercadang untuk memiliki sebuah motorsikal baru, Modenas Ace 115 ini harus diberi perhatian kerana menunggang motorsikal yang baru dilancarkan mampu menjadikan anda seorang ‘artis’ diatas jalanraya.

Blog Moretar akan terus memberi liputan, komen terhadap model ini pada masa akan datang.












Engine
Type4 stroke, SOHC, 1 cyclinder
Bore X Stroke55.0 x 50.6 mm
Displacement120 cc
Compression Ratio9.8
CarburetorSPACO AV20
Ignition SystemMagneto - CDI
Starting SystemElectric Starter
Cooling SystemAir Cooled
Fuel Tank Capacity5.3 litre
Fuel Consumption46.1 km/litre @ 80km/hour
 
Transmission
Type4-speed rotary
ClutchCentrifugal and wet mutiple disc
Primary Reduction Ratio3.048 (64/21)
Final Reduction Ratio2.786 (39/14)
Driving SystemChain
 
Chassis
TypeSquare Pipe Backbone
Front SuspensionTelescopic Fork
Rear SuspensionTrailing Swing
Front BrakeDisc (220 mm)
Rear BrakeDrum (110 mm)
 
Electrical System
Battery12 V 5 Ah