Wednesday, 14 March 2012
Toyota Yaris facelift 2012
Toyota Yaris facelift 2012 versi TRD Sportivo telah dilancarkan di Indonesia. Perubahan yang ketara pada model ini ialah rekabentuk bumper hadapan & belakang, bahagian skirt dan mufler yang lebih sporty. Seperti model sebelumnya, versi terbaru ini masih dilengkapi start-stop up button, dual airbag dibahagian hadapan dan dilengkapi sistem ABS. Masih mengekalkan enjin 1NZFE yang berkapasiti 1.5 liter yang mampu menghasilkan tenaga 109 Hp pada 6000 rpm dan tork sebnyak 141 Nm pada 4200 Nm. Model ini memang nampak comel dan sportivo.
Moto GP 2012: Honda Gresini tukar warna
Team San Carlo Honda Gresini telah menukar warna motorsikalnya bagi kelas Moto GP dari warna putih kepada warna hitam sepanjang musim 2012 ini. Perubahan ini bagi mengenang Marco Simoncelli yang telah terkorban dalam GP Sepang pada tahun lepas. Jentera Honda RC213V itu akan ditunggang oleh Alvaro Bautista, yang telah dua musim bersama pasukan Suzuki. Setakat ini mereka telah berpuas hati dengan prestasi jentera selepas melakukan ujian di Litar Sepang. Pasukan ini juga turut bersaing dalam perlumbaan Moto 3 dengan menggunakan jentera NSF250R yang akan ditunggang oleh pelumba muda Niccolo Antonelli.
Tuesday, 13 March 2012
Kawasaki Ninja 150 RR 2012 (Indonesia)
Baru-baru ini Kawasaki Indonesia telah melancarkan model terbaru Kawasaki Ninja 150 RR dengan rekabentuk yang hampir menyerupai 'abangnya', Kawasaki Ninja 250. Rekabentuk badannya kelihatan lebih kurus dari model lama. Saya yakin model baru ini lebih laju dari model-model KIPS sebelumnya. Tentu ramai peminat 'RR' berharap Kawasaki Motors Malaysia dapat memasang model ini secepat mungkin.
Honda PCX 150 2012
Honda Motor Thailand telah melancarkan model terbaru Honda PCX 150. Model skuter ini dikuasakan enjin 150cc PGM-FI. Hadir dengan tiga warna iaitu putih (White Sunset), hitam (Black Twilight) dan merah (Red Sunrise).
Model ini dijangka akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.
Saturday, 10 March 2012
Naza Bikes Concept
Model concept Naza yang diadaptasi dari model Naza NZ 125R
P/S: Harap pihak Naza Bikes dapat menyertai kejohanan Malaysian Cub Prix pada masa akan datang. Mesti lebih meriah!
Friday, 9 March 2012
Naza NZ 125R
Rasanya tidak terlewat untuk saya membuat sedikit catitan tentang model terbaru Naza NZ 125 R yang baru dilancarkan bulan lepas. Model ini adalah model gantian Naza Flash 125 yang telah lama berada di pasaran. Model terbaru Naza ini mempunyai beberapa ciri yang mampu menarik perhatian pembeli. Antaranya ia dilengkapi soket 12V untuk memasang GPS Navigator, untuk mengecas telefon bimbit dan lain-lain. Rekabentuknya juga menarik, sama seperti model-model keluaran Jepun yang lain.
Pihak Naza mengakui model ini mampu memberi penjimatan minyak dan motorsikal ini telah mematuhi standart piawaian pelepasan asap Euro2. Harga model ini pula adalah yang termurah untuk motorsikal moped berkuasa 125cc iatu hanya RM 3,788.00. Jika anda seorang yang ingin mencari kelainan, inilah modelnya.
Pihak Naza mengakui model ini mampu memberi penjimatan minyak dan motorsikal ini telah mematuhi standart piawaian pelepasan asap Euro2. Harga model ini pula adalah yang termurah untuk motorsikal moped berkuasa 125cc iatu hanya RM 3,788.00. Jika anda seorang yang ingin mencari kelainan, inilah modelnya.
Model Honda Wave 110 RSX Vietnam
Honda Motor Vietnam baru sahaja melancarkan model baru Honda Wave 110 RSX. Model ini kelihatan lebih besar dan moden. Rekabentuknya mempunyai sedikit persamaan dengan model Yamaha 115 Z yang terdapat di negara kita. Model ini mungkin akan dibawa masuk oleh Boon Siew Honda Malaysia pada masa akan datang bagi menggantikan model Honda Wave 110 RS yang sudah hampir 3 tahun berada dipasaran.
Tuesday, 6 March 2012
Monday, 5 March 2012
Honda Icon 110 MMC (Minor Model Change) 2012
Boon Siew Honda Malaysia telah melancarkan Honda Icon MMC dengan rekaan grafik baru dan didatangkan dengan empat warna. Syarikat terbabit terus menyasarkan golongan remaja untuk memiliki model dengan design ceria ini. Tiada perubahan dari segi reka bentuk dan kuasa enjin. Harga yang ditawarkan ialah RM 5,116.25
Thursday, 1 March 2012
Modenas lancarkan model baru Ace 115
Modenas secara rasminya telah melancarkan model terbaru
mereka Modenas Ace 115 . Model ini
menggunakan enjin empat lejang Kawasaki
berkapasiti 120cc. Pelancaran model ini membuktikan Modenas semakin serius dalam usaha
mereka untuk menjadi peneraju teknologi untuk motorsikal bersesaran kecil dan
pastinya mereka mahu menjadi pengeluar motorsikal yang harus diberi perhatian.
Bagi pendapat saya, model ini memang cantik, ranggi dan
sporty . Rekabentuk, spesifikasi yang terdapat pada model ini mampu menjadi ‘pembunuh’
model saingan dalam kelasnya. Dilengkapi dengan lengan ayun Monoshock, penyerap
hentak belakangnya pula mirip sistem yang digunakan pada model Kawasaki ER-6
yang menjadikan model ini satu-satunya ‘kapcai’ yang menggunakan teknologi yang
digunakan untuk motorsikal berkuasa tinggi. Memang tidak salah Modenas
menggunakan tagline “Pencetus Evolusi” untuk model ini. Untuk sistem penyerap hentakan
pada bahagian hadapan, Modenas telah memasang penyerap hentakan jenis fork telescopic yang makin banyak digunakan pada motosikal cub terkini. Sistem brek
hadapan menggunakan brek disc manakala pada bahagian belakang masih menggunakan
brek drum. Itu sudah memadai untuk motorsikal berkapasiti kecil seperti ini.
Harga yang ditawarkan ialah RM 4,598.00 (dual stater) tidak
termasuk insuran dan cukai jalan. Masih boleh diketegorikan murah untuk model yang dilengkapi spesifikasi seperti ini. Difahamkan hanya terdapat dua warna yang dikeluarkan iaitu merah dan putih. Kepada sesiapa yang baru bercadang untuk
memiliki sebuah motorsikal baru, Modenas Ace 115 ini harus diberi perhatian kerana
menunggang motorsikal yang baru dilancarkan mampu menjadikan anda
seorang ‘artis’ diatas jalanraya.
Blog Moretar akan terus memberi liputan, komen terhadap
model ini pada masa akan datang.
Engine | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Transmission | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Chassis | ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
Electrical System | ||||||||||||||||||||
|
Subscribe to:
Posts (Atom)