Sunday, 26 February 2012

Modenas bakal lancarkan model baru pada 1 Mac ini?





Khabar angin tentang model terbaru Modenas yang akan dilancarkan pada awal bulan depan semakin bertiup kencang. Model terbaru ini dikatakan hasil gabungan skuter dan cub. Spekulasi mengenai cc dan ciri-ciri yang ada pada model ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Saya sendiri pernah melihat model ini diuji di laluan lebuhraya berhampiran Bandar Darulaman tiga minggu lepas. Yang saya sempat ingat lampu hadapannya terletak pada bahagian dada sama seperti model Honda Wave Dash atau Yamaha Ego. Bagi saya model ini merupakan model yang paling cantik yang pernah dihasilkan oleh Modenas.

Daripada gambar yang disertakan ini kelihatan ianya menggunakan sistem gantungan monoshock seperti yang terdapat pada model Yamaha LC atau Suzuki Belang namun tidak pula kelihatan break disk pada roda belakang. Menggunakan 'sportrim' dan rekabentuk lampu belakangnya saya rasakan memang comel.

Tentu ramai yang tertanya-tanya  nama model ini nanti. Saya teka mungkin nama model tu nanti Modenas Evo sebab nama model-model terakhir Modenas sebelum ini diambil dari ‘tagline’ seperti Modenas GT128 (Tranformasi Generasi Terkini), CT110 (Citarasa Terkini) jadi tagline model baru ini ialah Pencetus Evolusi jadi mungkin aka nada perkataan ‘EVO’ dalam nama model baru ini nanti.  Sama-sama kita nantikan.

Saturday, 25 February 2012

Selamat datang ke blog automotif MORETAR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..



Ini merupakan post pertama saya dalam blog yang baru di'create' beberapa saat yang lalu. Minat saya yang begitu mendalam dalam bidang automotif (Motorsikal & kereta) mendorong saya untuk mewujudkan blog ini.

Sebelum ini jika ada apa-apa perkembangan tentang dunia automotif saya akan sumbatkan artikel-artikel berkaitan kereta atau motorsikal dalam blog lama saya yang akhirnya jadi seperti blog rojak. Macam-macam isu saya tulis dalam tu, nampak macam tak kena jadi saya telah membuat keputusan untuk mewujudkan blog ini.

Asalnya saya ingin namakan blog ini dengan nama 'Moreta' (motosikal & kereta) tapi Bloger.com tak approve nama tu jadi bila tambah 'r', baru mereka luluskan, akhirnya jadilah nama blog ini Moretar (motorsikal, kereta & jalan tar). Hehe.. Ok tak gabungan tu..?

Akhir sekali, selepas lahirnya blog ini saya akan cuba mencari seberapa banyak berita-berita panas tentang dunia automotif terutama dari dalam negara untuk dikongsi bersama pembaca sekalian. Saya harap anda semua akan memberi sokongan kepada blog yang baru nak merangkak ini.

Terima kasih...